Ketakutan Hazrat ‘Umar rah kepada Allah

Suatu ketika, sedang beliau sibuk melakukan sesuatu, seorang lelaki telah datang dan berkata, “Sifulan telah mengalami saya. Tolonglah tuan membantu saya untuk mengambil tindakan balas bagi pihak saya.”

Beliau telah mencemeti orang itu sekali sambil berkata, “Apabila aku duduk untuk urusan seumpama ini engkau tidak datang! Apabila aku sibuk dengan urusan lain barulah engkau datang dan menyuruh aku mengambil tindakan balas.”

Lelaki itupun beredar dari situ. Kemudian beliau telah menghantar seseorang untuk memanggil lelaki tersebut. Selepas lelaki itu datang beliau menyerahkan cemeti kepada lelaki itu dan berkata, “Ambillah tindakan balas terhadap saya.”Lelaki itu berkata. “Saya telah memafkan tuan kerana Allah.”

Hazrat Umar telah pulang ke rumah dan mengerjakan solah dua rakaat. Selepas itu beliau berkata kepada dirinya sendiri, “Wahai Umar, dahulu kamu rendah, Allahlah yang telah meninggikan kamu. Dulu kamu sesat, Allahlah yang telah memberi hidayat kepadamu. Dulu kamu hina, Allahlah yang telah memuliakanmu. Dia juga yang menjadikan kamu pemerintah. Sekarang kamu tidak boleh mendengar sesuatu kezaliman yang dilakukan ke atas anakbuahmu dan kamu telah memukulnya. Esok pada hari kiamat, apakah jawapan yang engkau akan berikan kepada Tuhanmu?” Beliau telah mencela dirinya buat beberapa lama. (Asadul Ghabah)

Suatu hari Hazrat Aslam telah mengikut Hazrat Umar berjalan menuju Harrah.Kelihatan api yang sedang menyala di padang pasir. Umar berkata “Mungkin itu kafilah yang tidak sempat masuk ke Bandar kerana waktu malam. Marilah kita pergi lihat”.Setiba di sana, kelihatan seorang wanita bersama beberapa orang anaknya yang sedang menangis dan meraung-raung. Terdapat satu periuk yang penuh dengan air diletakkan di atas dapur yang sedang menyala. Beliau memberi salam dan meminta izin lalu mengampiri mereka dan bertanya. “ Kenapa budak-budak ini menangis?”

Wanita itu menjawab, “Mereka menangis kerana tersangat lapar.”
Umar bertanya lagi, “Apakah yang awak masak di dalam periuk itu?”
Wanita itu menjawab. “Hanya air yang diisikan dan diletakkan di atas api untuk menenangkan mereka supaya mereka tidur. Hanya Allah yang akan membuat keputusan antara aku dengan Amirul Mukminin Umar kerana beliau tidak menghiraukan kesempitanku”.
Hazrat Umar mula menangis dan berkata, “Semoga Allah merahmatimu. Bagaimana Umar dapat mengetahui keadaanmu?”Wanita itu berkata lagi, “Dia amir kami tetapi masih tidak mengambil tahu hal kami”.

Hazrat Aslam menceritakan, “Hazrat Umar telah membawa aku pulang bersama beliau dan telah mengisi satu karung dengan tepung, kurma, minyak sapi dan beberapa helai pakaian serta sedikit wang. Beliau telah memenuhkan karung itu. Kemudian beliau berkata, “Letakkan karung ini di belakangku.” Saya berkata, “Biarkan saya yang membawa karung ini.”Beliau berkata, “Tidak, Letakkan di belakangku.” Apabila saya mendesak 2, 3 kali, beliau berkata, “Adakah engkau yang akan memikul bebananku pada hari kiamat nanti? Akulah yang akan memikul bebanan ku pada hari kiamat kerana akulah yang akan disoal tentangnya.” Saya dengan berat hati telah meletakkan karung itu di atas belakang beliau. Lantas beliau telah menuju dengan pantas sekali kearah tempat wanita tersebut. Sayapun pergi bersama beliau. Sebaik sahaja sampai di sana beliau telah memasukkan tepung, sedikit minyak sapi dan buah tamar ke dalam periuk itu dan mula mengacaunya. Beliau sendiri yang meniup dapur itu. Hazrat Aslam berkata, “Aku lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal.”

Sehinggalah “harirah” yakni bubur gandum manis telah tersedia. Selepas itu beliau telah mengeluarkan makanan itu dengan tangannya sendiri dan kemudian memberi budak-budak itu makan. Baki makanan yang masih tinggal diserahkan kepada mereka untuk dimakan kemudian. Wanita itu sangat gembira dan berkata, “Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan. Kamulah yang lebih layak menjadi khalifah daripada Umar.”

Hazrat Umar telah menyenangkan hati wanita itu dengan berkata, “Apabila kamu datang berjumpa khalifah, kamu juga akan menemui saya di sana.” Beliau menjauhkan diri sedikit dari wanita itu dan duduk di atas bumi. Selepas duduk beberapa ketaka beliaupun pulang sambil berkata, “Aku duduk di situ kerana aku telah melihat mereka dalam keadaan menangis, hatiku ingin benar agar dapat melihat mereka dalam keadaan gelak ketawa.: (Asyharul Masyahir, Muntakhab Kanzul Ummal)

Semasa solah subuh, biasanya beliau membaca surah al_Kahfi, Toha dan surah-surah lain yang panjang dan beliau akan menangis sehingga tangisannya kedengaran beberapa saf di belakang. Pada suatu kali, sewaktu solah subuh beliau telah membaca surah Yusuf. Apabila tiba pada ayat yang membawa makna “Sesungguhnya aku hanya mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah (Yusuf: 86)

Beliau menangis sebigitu rupa sehingga suaranya tidak terkeluar. Kadang-kadang beliau juga akan menangis sewaktu solah tahajud sehingga menyebabkan beliau tumbang dan jatuh sakit.
Wallahualam.

2 komentar:

  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasHapus
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasHapus

jika tidak memiliki id apapun silahkan pilih anonymous